KUALA LUMPUR Konsortium Lapangan Terjaya Sdn. Bhd. (KLT), yang memajukan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya kini dikenali sebagai Maju Expressway Sdn. Bhd. (MESB).Pengurus Besar MESB, Riza Salahettin Khuddus berkata, penukaran nama itu bertujuan menampilkan imej korporat syarikat yang lebih dinamik dan progresif.
Sehubungan itu, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya sejauh 26 kilometer itu juga ditukar nama kepada Maju Expressway (MEX).
Projek bernilai RM1.4 bilion itu bermula dari Bulatan Kampung Pandan sehingga ke Putrajaya, mula dibina pada 6 Disember 2004 dan siap Disember ini tahun lalu.
Jika dahulu perjalanan dari ibu negara ke Putrajaya melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban mengambil masa sejam, kini masa yang diperlukan hanya 15 hingga 20 minit sahaja jika orang ramai menggunakan MEX.