Dua bulan tentukan kadar tol dengan syarikat konsesi | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR - Rundingan kerajaan dengan syarikat konsesi tol mengenai kemungkinan mengurangkan kadar tol, dijangka selesai dalam tempoh dua bulan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Mohd. Zin Mohamad semalam.

"Kami serius dalam rundingan dengan syarikat konsesi tol terbabit," kata Mohd. Zin ketika diminta mengulas mengernai kemajuan rundingan itu.

"Ia berjalan dengan baik dan merupakan usaha bersepadu yang serius bagi mengurangkan beban rakyat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Teknologi Pembinaan dan Bangunan 2008, di sini.

Bulan lepas, kerajaan mengumumkan rancangannya untuk mengkaji semula konsesi lebuh raya, dengan kemungkinan kadar tol akan dikurangkan yang bergantung kepada hasil kajian Kementerian Kerja Raya ke atas syarikat konsesi lebuh raya.

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo