Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Jalan Bandar Mahkota Cheras dibuka

BANDAR MAHKOTA CHERAS - Kontrovesi temok penghadang yang dibina oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) di Jalan Bandar Mahkota Cheras selesai apabila kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membuka semula laluan berkenaan kepada orang ramai mulai jam 3.30 petang semalam.

Menteri Kerja raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed pada sidang media semalam berkata laluan itu akan terus dibuka sehingga mahkamah membuat keputusan mengenai kontrovesi itu kelak.

Isu Grand Saga: Bukan tunduk kepada desakan

SUBANG 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Kabinet mengarahkan laluan Bandar Mahkota Cheras ke persimpangan Bandar Tun Hussein Onn di Lebuh Raya Cheras-Kajang dibuka semula, tidak boleh dilihat sebagai kerajaan mengalah atau tunduk pada tekanan.Sebaliknya, tegas Timbalan Perdana Menteri, langkah itu yang diputuskan Kabinet semalam ekoran penutupannya yang mencetuskan kontroversi sejak dua tahun lalu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kehendak rakyat.Beliau bagaimanapun mengingatkan pihak yang terlibat agar tidak menjadikan keputusan kerajaan itu sebagai peluang un

Buka laluan serta-merta

KAJANG: "Terima kasih Datuk...terima kasih Datuk' laungan itu bergema di persimpangan Bandar Mahkota Cheras di sini, semalam selepas Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed mengumumkan laluan kontroversi terbabit dibuka berkuat kuasa serta-merta.Pengumuman itu yang dibuat kira-kira jam 3.30 petang, sekali gus membangkitkan kegirangan lebih 100 penduduk setempat yang mula berkumpul di persimpangan jalan berkenaan selepas solat Jumaat.Meskipun ketika itu keadaan cuaca tidak begitu baik berikutan hujan renyai, penduduk nampaknya setia menunggu dan tidak berganjak sehingga menteri selesai me

Penduduk serah memo kepada Ir. Zin

KUALA LUMPUR 29 Mei - Kira-kira 20 penduduk Bandar Mahkota Cheras hari ini berhimpun secara aman di hadapan bangunan Parlimen bagi menggesa kerajaan membuka semula jalan masuk ke kawasan perumahan mereka.

Mereka meminta Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed supaya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah antara mereka dan syarikat Grand Saga Sdn. Bhd., yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.

Berbincang selesaikan konflik penghadang

KAJANG - Kerajaan negeri berusaha menyelesaikan isu Jalan Bandar Mahkota-Cheras tetapi mahu Menteri Kerja Raya campur tangan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Beliau berkata sepucuk surat sudah dihantar kepada Menterinya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed agar laluan yang menjadi pertikaian sejak 2006 itu dapat dibuka secepat mungkin kerana melibatkan kepentingan orang ramai. 

Isu Grand Saga akan selesai 2 minggu - MB

<P>KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kemelut di Bandar Bukit Mahkota akan selesai dalam tempoh dua minggu.</P>
<P>Menurutnya, beliau telah menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya agar jalan masuk dan keluar ke kawasan itu dibuka demi kepentingan penduduk di situ.</P>
<P>Tinjauan Kosmo! kawasan tersebut semalam pula mendapati, penduduk Bandar Mahkota Cheras berpuas hati apabila Menteri Besar mengumumkan masalah itu akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.</P>

Bincang cari jalan selesai masalah

KUALA LUMPUR: Perbincangan antara syarika pemegang konsesi lebuh raya Cheras-Kajang dan pemaju perumahan Taman Bukit Mahkota Cheras, Kanjang, perlu segera mencari penyelesaian terbaik.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata semua pihak perlu bersabar mencari jalan penyelesaian dan mengatasi masalah dihadapi lebih 20,000 penduduk di kawasa itu.

Arkitek, pereka bentuk dalaman tonjol bakat

KUALA LUMPUR - Industri reka bentuk dalaman telah lama wujud di Negara ini dan kini semakin mendapat tempat serta respons positif daripada rakyat Malaysia.

Malaysia kini amat berbangga kerana berjaya melahirkan ramai pakar dan ilmuwan yang terdiri daripada anak tempatan yang mempunyai kredibiliti tinggi hingga ada yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan membawa nama Negara.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, kerajaan sentiasa menyediakan peluang untuk arkitek dan pereka bentuk dalaman untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri ini.

Subscribe to