KUALA LUMPUR - Industri reka bentuk dalaman telah lama wujud di Negara ini dan kini semakin mendapat tempat serta respons positif daripada rakyat Malaysia.
Malaysia kini amat berbangga kerana berjaya melahirkan ramai pakar dan ilmuwan yang terdiri daripada anak tempatan yang mempunyai kredibiliti tinggi hingga ada yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan membawa nama Negara.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, kerajaan sentiasa menyediakan peluang untuk arkitek dan pereka bentuk dalaman untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri ini.
"Memang kita akui, makin lama Malaysia semakin dikenali oleh masyarakat dunia, terutamanya apabila munculnya bangunan-bangunan yang mengagumkan dan hebat di sekitar bandar raya," ujarnya ketika dalam ucapan perasmian pameran 'Interiors Malaysia 2008' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Jelas Mohd Zin, pameran seumpama ini dilihat sebagai bertepatan dengan peredaran masa kini selain menyediakan satu platform kepada anak-anak tempatan mengetengahkan bakat dan kebolehan mereka dalam forum antarabangsa atau rekaan seni bina.
Sehubung itu, menurut Mohd Zin lagi, kementeriannya sering membuka peluang dan kerjasama kepada pemegang-pemegang saham yang mempunyai hubungan dengan kememterian dalam memberi ruang untuk menawarkan khidmat mereka.
"Kami sering berkerjasam dengan arkitek-arkitek, kontraktor-kontraktor dan pereka-pereka dalaman untuk membantu pihak kerajaan melaksanakan beberapa projek pembangunan yang memerluka sentuhan estetika golongan ini," katanya memgenai usaha kementerian untuk membantu golongan ini.
Selain itu, jelas Mohd Zin lagi, kementeriannya turut menyokong segala usaha mereka terutama ketika ingin memulakan atau memperbaharui lesen pendaftaran perniagaan, undang-undang harta, undang-undang cukai dan pengurangan beban industri dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.