Masalah penghadang jalan akhirnya selesai | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KAJANG - Setelah beberapa hari penduduk di kawasan Bandar Mahkota Cheras melakukan 'kekecohan', akhirnya pemegang konsesi Lebuh raya Cheras-Kajang akur dengan permintaan penduduk untuk tidak mendirikan tembok penghadang jalan di laluan utama tempat mereka.Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pagi semalam untuk kebaikan semua pihak.Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohamad Zin Mohamed kepada kira-kira 1,500 orang penduduk yang telah berkumpul di persimpangan jalan masuk ke taman tersebut sejak pagi.Menurut Zin, pertimbangan itu dibuat setelah mengambil kira kepentingan penduduk di kawasan terbabit serta mengelakkan terus berlakunya kontroversi berterusan hingga boleh mencetuskan kejadian tidak diingini."Dengan keputusan ini penduduk boleh menggunakan laluan tersebut seperti biasa tanpa ada berlakunya sebarang pertikaian lagi."Kerajaan amat prihatin dan simpati atas masalah dan kesulitan yang dihadapi penduduk Bandar Mahkota Cheras sekiranya jalan tersebut terus ditutup," katanya.Tambah beliau, keputusan itu juga dibuat setelah penelitian mengenai kapasiti trafik yang semakin banyak selain ia menjadi laluan alternatif untuk ke Sungai Long.Bagaimanapun beliau berkata, pembukaan jalan tersebut adalah untuk sementara waktu sahaja dan kedudukan sebenar akan diketahui setelah mendapat keputusan mahkamah. 

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo