KUALA LUMPUR - Projek lebuh raya Seremban-Kuala Pilah yang kini giat dalam pembinaan diharap dapat disambung sehingga ke laluan Kuala Pilah-Bahau bagi mengatasi kesesakan di Bandar Kuala Pilah.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan pelebaran jalan berkenaan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk di pertimbangkan kerajaan pusat.
Kita merasakan cadangan tersebut penting agar lebuh raya di Jalan Bukit Putus itu tidak terhenti di satu laluan masuk semula sebelum Hutan Rekreasi Ulu Bendul sahaja.
"Pelebaran ke Tanjung Ipoh sebelum dibina laluan pintas melalui Kampung Serdang di Pilah ke Jalan Bahau untuk mengelak kesesekan lalu lintas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepasa menyampaikan bantuan perumahan Skim Program Kesejahteraan Rakyat(SPKR) kepada keluarga Azam Ramli di Senaling, di sini semalam.
Ismail menambah, kerajaan negeri yakin lambakan kererta yang menggunakan lebuh raya Seremban-Kuala Pilah sebelum ke Pantai Timur dapat dielakkan sekiranya pelebaran jalan berkenaan mendapat kelulusan.
Katanya, selain itu ia juga mempu menjimatkan masa.
"Kos penambahan bagi laluan bukit Putus ke Tanjung Ipoh ini akan melibatkan RM150 juta, yang mana turut meliputi Kerja-kerja pengambilan tanah serta pembinaan lebuh raya berkenaan.
"Walaupun, kos untuk penyambung laluan selepas Tanjung Ipoh itu yang melintasi Kampung Serdang, Pilah ke jalan Bahau memerlukan lagi peruntukan tambahan, saya yakin perkara itu mendapat pertimbangan sewajarnya kerajaan persekutuan dan diberi keutamaan." Katanya.