Rundingan kurang tol berakhir 2 bulan lagi | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR:"Rundingan dijangka berakhir dalam tempoh dua bulan lagi," kata Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamad mengenai rundingan bersama dilakukan kerjaan dengan syarikat pemegang  konsesi tol berhubung kemungkinan menurunkan caj tol di lebuh raya di seluruh Negara.

Katanya, rundingan berkenaan diadakan untuk meringankan bebanan rakyat berikutan kenaikan mendadak  harga petrol dan diesel di pasaran.

"Syarikat konsesi lebuh raya memahani situasi yang dihadapi kini dan saya yakin mereka seda pentingnya untuk berlembut dalam isu ini," katanya pada siding media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Teknologi Pembinaan dan Banguan 2008 (ICCBT2008) disini, semalam.

Hadir sama, Pengurusi ICCBT2008, Prof Madya Hashem Al-Mattarneh dan Rektor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Datuk Dr Zainal Abidin Kasim.

Selain itu, Mohd Zin  berkata, beliau berharap persidangan berkenaan dapat menjadi landasan membincangkan sumbanan yang dapat diambil syarikat yang menjadi peserta untuk mengurangkan kebergantungan kepada minyak.

"Satu jalan penyelesaiannya dengan membangunkan teknologi tertentu yang dapat menggunakan bahan lain menggantikan minyak sebagai bahan api.

"Saya harap peserta terus komited mencari bahan baru termasuk menggunakan bahan terbuang sebagai sumber tenaga alternative," katanya.

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro