KUALA LUMPUR, 18 September – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2013 di Hotel Majestic hari ini.
MCIEA yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia sejak tahun 2000 itu menyaksikan sebanyak 230 penyertaan diterima untuk 21 anugerah dalam enam kategori yang dipertandingkan.