Langkau ke kandungan utama
1

Pemeriksaan mengejut ke tapak bina seliaan JKR

SEMENYIH, 25 September – YBhg. Dato’ Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengetuai satu lawatan dan pemeriksaan mengejut ke tapak bina projek Cadangan pembangunan Pusat Penyelidikan Antarabangsa Crops For The Future Research Centre (CFFRC) di sini hari ini.

Lawatan pemeriksaan ini turut disertai beberapa agensi penguatkuasa seperti Jabatan Imigresen Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Majlis Perbandaran Kajang, DOSH Selangor, CIDB Selangor, Lembaga Jurutera malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.

Operasi penguatkuasaan ini bertujuan melihat kepatuhan pihak kontraktor dan pegawai tapak terhadap akta dan peraturan yang telah digariskan selain menilai tahap keselamatan dan kesihatan di tapak binaan agar projek-projek yang diuruskan agensi Kerajaan menjadi contoh pelaksanaan amalan terbaik pengurusan projek pembinaan dalam negara.

Tarikh Dan Waktu Acara