Langkau ke kandungan utama
1

Perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW 2014)

KUALA LUMPUR, 18 September – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2014 dengan mengajak para pemain industri binaan untuk bersungguh - sungguh menerapkan amalan kelestarian dalam industri binaan.

Acara yang bertemakan “Building a Better Tomorrow” ini berlangsung di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 17 hingga 23 September 2014.

Acara tahunan ini dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan merupakan penganjuran kali ke-14 untuk acara yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.

Bermula tahun 2014 juga, ICW 2014 turut diadakan bersekali dengan program Ecobuild Asia Tenggara yang merupakan pentas penggiat dan pembekal bahan binaan tempatan dan antarabangsa berkumpul berkongsi teknologi terkini.

ICW 2014 disertai 300 syarikat daripada 24 negara termasuklah China, Singapura, Korea Selatan dan United Kingdom dan dihadiri lebih 15 ribu orang pengunjung.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita