Langkau ke kandungan utama
1

Perhimpunan Bulanan pertama bersama Dato’ KSU

KUALA LUMPUR,  25 September  –  Warga Kerja Raya hari ini telah berhimpun untuk bersama-sama mendengar ucapan yang julung kalinya disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR) yang mula berkhidmat di KKR pada 21 Julai 2014.

Dalam ucapannya, Dato’ Zohari menerangkan usaha Kementerian dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam pengurusan jalanraya melibatkan aspek perancangan, pembinaan, penyenggaraan dan keselamatan.

Turut disentuh adalah pelaksanaan Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal berkuatkuasa bermula 1 April 2015 dan peranan warga Kerja Raya dalam memahami seterusnya menyemai persepsi positif terhadap dasar tersebut.

Di akhir ucapannya, Dato’ KSU menyeru semua kakitangan agar membudayakan integriti dalam urusan seharian dengan “membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul”.

Turut hadir adalah Timbalan KSU Kementerian serta Pengarah-pengarah Agensi.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita