Langkau ke kandungan utama
1

CIDB dan IHRDC berkerjasama membangunkan kaedah pembelajaran atas talian (online)

KUALA LUMPUR, 23 September – Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui agensinya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah berkerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Antarabangsa (IHRDC) membangunkan program E-Training and Knowledge Solution yang disasarkan kepada tenaga mahir industri binaan tempatan.

Tujuan program ini ialah menyediakan kaedah yang fleksibel dan kos efektif dalam peningkatan ilmu dan kemahiran personel industri binaan melalui kursus atas talian tanpa mengganggu tugas harian.

Kursus-kursus yang ditawarkan mempunyai modul yang perlu disempurnakan dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi membolehkan peserta memiliki persijilan bertaraf Antarabangsa.

Program ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dalam satu majlis di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific dan penerangan program ini telah disampaikan oleh Encik Timothy D.A Donohue, Naib Presiden eLearning Solutions, IHRDC.

Tarikh Dan Waktu Acara