Langkau ke kandungan utama
1

Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya ke Kelantan

KOTA BHARU, 22 September – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke Kelantan bagi melihat kemajuan kerja projek di bawah seliaan Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di negeri Kelantan.

Projek yang dilawati adalah Projek Cadangan Membina Blok Rawatan Harian (Ambulatory Care Centre) dan Haemodialisis Hospital Raja Zainab II, Kota Bharu, serta bangunan-bangunan sokongan.

Projek ini merupakan projek Kementerian Pelanggan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada sebelah petangnya, Datuk Haji Fadillah telah merasmikan Kursus Pemantapan Integriti Kontraktor anjuran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) KKR bersama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Kelantan bertempat di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat.

Kursus ini dihadiri lebih 200 kontraktor Bumiputera dan diadakan bagi memberi kesedaran akan kepentingan integriti dalam urusan seharian selain membolehkan para kontraktor untuk memohon dan memperbaharui Lesen Taraf Bumiputera.

Tarikh Dan Waktu Acara