Langkau ke kandungan utama
1

Menteri Kerja Raya sampai anugerah kepada pemenang MCIEA 2013

KUALA LUMPUR, 18 September – Menteri Kerja Raya, YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2013 di Hotel Majestic hari ini.

MCIEA yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia sejak tahun 2000 itu menyaksikan sebanyak 230 penyertaan diterima untuk 21 anugerah dalam enam kategori yang dipertandingkan.

Enam kategori yang dipertandingkan itu ialah Anugerah Kontraktor Terbaik, Anugerah Projek Terbaik, Anugerah Pencapaian Antarabangsa, Anugerah Khas, Anugerah Individu  dan Anugerah Tokoh Jurubina.

Para hakim untuk MCIEA 2013 ini terdiri daripada ketua panel Tan Sri Jamilus Hussein (Pengerusi dan CEO, KLIA Premier Holdings Sdn Bhd), Datuk Seri Esa Mohamed (Pengarah Urusan, Akitek Jururancang (M) Sdn Bhd), Datuk Ng Seing Liong (Pengarah Urusan, Kota Kelang Development Sdn Bhd), Datuk Azlan Karim (CEO, Putrajaya Holdings Bhd) dan Datuk Sri Kandan Kanagainthiram (Pengarah Urusan, KPK Quantity Surveyors (Semenanjung) Sdn Bhd.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia, Tan Sri Dr. Tajuddin Ali dan Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Sri Ir Judin Abdul Karim.   

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita