KUALA TERENGGANU - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim berjalan kaki sejauh 10 KM sepanjang Laluan FT003: Jalan Kuala Terengganu - Marang untuk meninjau sendiri kerja-kerja penyelenggaraan jalan merangkumi kerja pembersihan longkang, pemotongan rumput dan keadaan jalan raya yang diselia kontraktor Roadcare Sdn Bhd.
YBhg. Dato' Seri memberi teguran tegas agar pihak-pihak yang diamanahkan supaya memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan disempurnakan mengikut spesikasi ditetapkan tanpa bertangguh.