PROJEK ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL LABUAN DISASAR SIAP 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

PROJEK ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL LABUAN DISASAR SIAP 2025

LABUAN – Selesai majlis penyerahan projek di Kampung Patau-Patau 1, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, turut meninjau Projek Pembaikan dan Penyelenggaraan Bangunan Asrama Perempuan Blok A & Blok B di Kolej Vokasional Labuan.

Projek bernilai RM10.8 juta ini bermula pada Ogos 2024 dan dijadual siap pada November 2026. Namun, sehingga kini, kemajuan fizikal mencapai 69% – jauh mendahului jadual asal (20%) – iaitu sekitar 140 hari lebih awal. Kementerian optimis projek ini mampu siap sepenuhnya menjelang akhir 2025, hampir setahun lebih awal daripada jadual.

Skop kerja merangkumi pembaikan struktur, penggantian sistem kumbahan, pemasangan kelengkapan elektrik baharu, sistem pencegah kebakaran serta pembinaan pagar keselamatan. Projek ini bakal memberi manfaat kepada lebih 130 pelajar perempuan dengan meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Antara ciri unik projek ini ialah penggunaan inovasi bahan meratakan lantai tanpa menggantikan screeding asal, menjimatkan masa, kos, dan mempercepatkan pelaksanaan.

KKR melalui JKR Malaysia komited memastikan kemudahan pendidikan sentiasa selamat, selesa dan berfungsi dengan baik demi kesejahteraan pelajar.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4