KUALA LUMPUR, 14 JANUARI 2025 - Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Januari 2025 serta Amanat Tahun Baharu Menteri Kerja Raya telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya dengan kehadiran lebih 500 orang warga Kementerian, Agensi – Agensi dan Syarikat Konsesi di bawah KKR.