EXPEDISI KEMBARA GUNUNG ANGSI: KKR Strive To The Top | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

EXPEDISI KEMBARA GUNUNG ANGSI: KKR Strive To The Top

KUALA PILAH  – Seramai 30 warga Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menyertai Expedisi Kembara Gunung Angsi dengan tema “KKR Strive To The Top”. Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat kementerian. Penganjuran ekspedisi ini juga mencerminkan sokongan berterusan KKR terhadap Agenda Nasional Sihat (ANMS) yang bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia serta menggalakkan kelestarian persekitaran yang menyokong kehidupan sihat.

Turut serta dalam ekspedisi ini ialah YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, dan YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR.

Tema “KKR Strive To The Top” melambangkan semangat warga KKR yang sentiasa berusaha gigih mencapai kecemerlangan, bukan sahaja dalam mendaki gunung, tetapi juga dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0
0
0
0
0
0