MERSING, 10 FEBRUARI 2025 – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya meneruskan rutin lawatan kerja ke JKR Daerah Mersing meninjau perancangan projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur negara 2025 bagi daerah Mersing, Johor.
MERSING, 10 FEBRUARI 2025 – YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya meneruskan rutin lawatan kerja ke JKR Daerah Mersing meninjau perancangan projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur negara 2025 bagi daerah Mersing, Johor.
PUTRAJAYA, 9 FEBRUARI 2025 – Kementerian Kerja Raya bersama Agensi sertai membuka reruai di Hari Terbuka Putrajaya 2025. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah disediakan untuk pengunjung yang hadir di reruai KKR seperti sesi Kahoot, simulasi kimpalan dan pelbagai lagi.
KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI 2025 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan ke Bahagian Dasar Dan Antarabangsa (BDA), Kementerian Kerja Raya.
KUALA LUMPUR, 5 FEBRUARI 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Johor, YAB. Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan bersama Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim serta para pengurusan tertinggi kementerian serta agensi.
SABAK BERNAM, 05 FEBRUARI 2024 - Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir merasmikan Kursus Pemantapan Kontraktor anjuran Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) bertempat di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
SABAK BERNAM, 04 FEBRUARI 2025 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi turun padang ke daerah Sabak Bernam, Selangor untuk berbincang dan meninjau projek infrastruktur rakyat khususnya bagi rakyat Sabak Bernam meliputi projek baharu dan projek penyenggaraan yang dilaksanakan pada tahun 2025.
TEMERLOH, 31 JANUARI 2025 - YBhg. Dato' Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan lawatan mengejut ke Temerloh Pahang. Lawatan beliau dibuat bersama-sama Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia untuk meninjau kemajuan pelaksanaan Projek Menaiktaraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah daripada 2 lorong kepada 4 lorong merentasi Sungai Pahang di Temerloh, Pahang.
SERIAN, 31 JANUARI 2025 - Berikutan dengan kejadian hujan lebat yang melanda di beberapa lokasi di Sarawak, Menteri Kerja Raya Malaysia YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Jabatan Kerja Raya Sarawak telah mengadakan tinjauan di Seksyen Serian Lebuhraya Pan Borneo (LPB) yang terjejas akibat banjir.
KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2025 - YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya hari ini mengadakan lawatan ke Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya. Beliau disambut oleh Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR, Ir. Suhaili bin Mansor.