BINTULU – Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi merasmikan Kempen Kesedaran Kebersihan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bertemakan “Jum Jaga Pan Borneo Bait-Bait”. Kempen anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Syarikat Penyenggaraan Pan Borneo Highway Asset Management Sdn. Bhd. ini diinspirasikan daripada pesanan mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang menjadi semangat di sebalik pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.