Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MAJLIS INTERAKSI MENTERI KERJA RAYA BERSAMA-SAMA WARGA KKR SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI SIRI 2 TAHUN 2025

KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2025  YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hadir ke Majlis Interaksi Bersama-sama Warga Kerja Raya dan juga meraikan rakan- rakan yang beragama Islam menyambut Hari Lebaran atau Hari Raya Aidilfitri.

Turut hadir pada majlis tersebut YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya bersama dengan pengurusan tertingi Kementerian Kerja Raya. 

MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG MELIHAT PERSEDIAAN SYARIKAT KONSESI MENGHADAPI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

SUNGAI BULOH, 28 MAC 2025 - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya turun padang bagi meninjau sendiri tahap kesiapsiagaan syarikat konsesi lebuh raya dalam menghadapi perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Lawatan kerja ini bertujuan memastikan semua syarikat konsesi berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik yang dijangka sebanyak 2.77 juta kenderaan sehari yang akan menggunakan lebuh raya utama, sekali gus memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan.

PROJEK 190 UNIT KEDIAMAN WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERJALAN LANCAR UNTUK SIAP MENGIKUT JADUAL

KOTA SAMARAHAN, 27 Mac 2025 – Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah turun padang pada bagi meninjau pelaksanaan projek milik Kementerian Pertahanan Malaysia iaitu Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak. Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi menyiapkan projek pembinaan ini yang dilaksanakan secara Reka dan Bina.

YB MENTERI TURUN PADANG PANTAU SYARIKAT KONSESI

AYER KEROH, 26 MAC 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi membuat lawatan kerja ke pejabat operasi Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd, syarikat konsesi yang menyelenggara jalan persekutuan di zon selatan. 

Hadir sama ialah YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan KKR. YB. Menteri dan delegasi telah diberi taklimat mengenai organisasi dan operasi secara menyeluruh. 

TINJAUAN KERJA PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH FASA 1A WPC06

SABAH, 23 MAC 2025 - Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah merupakan antara projek yang dipantau dengan teliti oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR). Status siap keseluruhan bagi LPB Sabah Fasa 1A sudah mencapai sebanyak 80%.

PEMBAIKAN CERUN RUNTUH BAGI RAKYAT SABAH

SABAH, 23 MAC 2025 - Keselamatan dan Keselesaan Pengguna Jalan Persekutuan di bawah Penyenggaraan Kementerian Kerja Raya amat di ambil berat dan dipantau dengan telilti oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Ketua Setiausaha KKR, YBhg Dato' Seri Azman bin Ibrahim telah melakukan tinjauan kerja ke lokasi Cerun Runtuh Di FT500 CH142.050 (KM152.05), Jalan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom, Sabah yang berlaku pada 8 Mac 2025 baru-baru ini di mana laluan tersebut telah ditutup kepada semua jenis kenderaan sebelum ini dan telah dibuka kembali 5 hari selepas itu. 

LAWATAN KERJA YB MENTERI KERJA RAYA KE INFRASEL

SHAH ALAM, 25 MAC 2025 - Menteri Kerja Raya, YB Dato' Sri Alexander Nanta Linggi bersama delegasi pengurusan tertinggi KKR dan JKR mengadakan lawatan kerja ke Pejabat INFRASEL SDN BHD, sebuah syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri sistem pemantauan kerosakan jalan raya yang dibangunkan oleh syarikat ini.

Subscribe to