Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
DELEGASI KEMENTERIAN KERJA RAYA MENGHADAP DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS

ARAU, 4 MEI 2025 - Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail memperkenan menerima menghadap Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama delegasi daripada Kementerian Kerja Raya serta agensi-agensi dibawah naungan.

Sesi menghadap yang diadakan di Istana Arau itu turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

MENTERI KERJA RAYA MENJELAJAH KE NEGERI PERLIS

PERLIS, 3 MEI 2025 – Menteri Kerja Raya, YB.

PELANCARAN PLATFORM MYDIGITAL-KONTRAKTOR DAN PROGRAM JELAJAH REVOLUSI PEMBINAAN CR4.0 2025

PONTIAN, 3 MEI 2025 - Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) terus komited memacu transformasi digital dalam industri pembinaan negara menerusi pelancaran platform myDigital Kontraktor dan Program Jelajah Revolusi Pembinaan CR4.0 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Benut, Pontian, Johor hari ini.

MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG KE KAMPUNG BERTAM, PULAU PINANG

SEBERANG JAYA, 2 MEI 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi singgah meninjau keadaan Jambatan Kampung  Bertam yang terletak di FT3111, Jalan Permatang Pauh (Seksyen 2.90), berdekatan mercu tanda Masjid Papan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Hasil semakan oleh Unit Forensik JKR pada pertengahan tahun 2024 mendapati jambatan ini berada dalam keadaan uzur dan tidak lagi selamat untuk kegunaan jangka panjang. 

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MULTI STOREY BLOCK HOSPITAL SEBERANG JAYA

SEBERANG JAYA, 2 MEI 2025 - Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir ke Majlis Penyerahan Projek Multi Storey Block Hospital Seberang Jaya yang turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan, YB. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Hadir sama ialah YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia bersama YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan, Kementerian Kerja Raya.

MENTERI KERJA TURUN PADANG TINJAU PROJEK SEHALA DI TAPAH

TAPAH, 1 MEI 2025 -  Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi turun padang meninjau perkembangan Projek Jalan Sehala di Tapah dalam siri lawatan kerja beliau ke zon utara.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan Kementerian Kerja Raya.

Status kerja bagi projek ini telah mencapai 97 peratus dan ianya dapat menyuraikan aliran trafik yang sesak di pekan Tapah.

KUNJUNG HORMAT OLEH UTHM KE PEJABAT KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR, 30 APRIL 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim menerima kunjungan hormat oleh delegasi daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kunjungan yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Haziman Bin Wan Ibrahim, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Bina UTHM itu berlangsung hampir dua jam di Aras 5, Kompleks Kerja Raya.

Subscribe to