PULAU PINANG – YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah mengadakan tinjauan ke beberapa lokasi kejadian tanah runtuh di sepanjang Jalan Tun Sardon, Pulau Pinang.
Tinjauan tersebut bertujuan menilai tahap kerosakan dan langkah segera yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran trafik.
Antara beberapa lokasi yang terjejas, kejadian tanah runtuh di KM 5.15 dikenal pasti sebagai kawasan paling kritikal dan memerlukan tindakan pembaikan segera.