Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
MAJLIS RUMAH TERBUKA GAWAI DAYAK @ KKR 2025

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak @ KKR 2025 yang diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya. Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, YAB. Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof.

Ketibaan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri disambut oleh Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan serta para pengurusan tertinggi KKR.

MENJULANG KOMITMEN, MEMPERKASA INDUSTRI

SIBU - Lawatan kerja turun padang oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya ke pejabat CIDB Sibu hari ini membuka ruang perbincangan strategik demi memperkukuh tadbir urus dan pembangunan industri pembinaan di Sarawak.

Turut hadir dalam sesi ini, YBrs. Ts. Br. Rosmen bin Ag Hassan, Pengarah CIDB Negeri Sarawak, YBrs. Pn. Mirza Fariza binti Narawi, Pengurus CIDB Cawangan Sibu. YBrs. Ts. Kamarul Azman bin Abd Razak, Pengurus CIDB Cawangan Bintulu dan YBrs. En. Halid bin Samian, Pengurus CIDB Cawangan Miri.

PUSPANITA KKR MENYANTUNI KOMUNITI RUMAH PANJANG DI KAPIT

KAPIT - PUSPANITA Cawangan KKR dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan rakan strategik telah menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Gawai di Rumah Panjang Ekau dan 2 buah rumah panjang lagi iaitu Rumah Panjang Awa dan Rumah Panjang Serjin pada hari ini. 

Hadir sama menyertai program tersebut ialah YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Penaung PUSPANITA KKR, YBhg. Datin Sri Angelina Celestine Ujang dan Pengerusi PUSPANITA KKR, YBhg. Datin Seri Rosmawati Hassan.

KSU KKR TURUN PADANG KE RUMAH PANJANG RH KIONG

KAPIT - YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), turun padang ke Rumah Panjang Rh Kiong sempena Program Kampung Angkat MADANI, satu inisiatif untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara kawasan luar bandar dan bandar, serta meningkatkan kualiti hidup penduduk kampung melalui pendekatan "Whole of Government". 

Ini melibatkan usaha untuk melengkapkan kemudahan asas seperti air, elektrik, jalan, serta memperkukuh sosioekonomi komuniti setempat.

KETUA SETIAUSAHA KKR TURUN PADANG TINJAU INFRASTRUKTUR BUMI KENYALANG

KAPIT – Tinjauan infrastruktur Bumi Kenyalang diteruskan oleh YBhg. KSU KKR ke Wisma Persekutuan Kapit.

Wisma ini menempatkan 14 jabatan kerajaan persekutuan dan menjadi pusat perkhidmatan penting kepada rakyat Kapit, dengan seramai 199 penjawat awam berkhidmat di bangunan ini.

Sebagai pengiktirafan terhadap pengurusan bangunan yang cemerlang, Wisma Persekutuan Kapit pernah meraih tempat ketiga dalam Anugerah Pengurusan dan Penyenggaraan Terbaik Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) 2021, anjuran Kementerian Kerja Raya.

KETUA SETIAUSAHA KKR TURUN PADANG TINJAU INFRASTRUKTUR BUMI KENYALANG

SIBU - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim memulakan tinjauan sempena Lawatan Teknikal dan Perakaunan Aset Tak Alih Jalan Persekutuan dari Sibu Jaya ke Kanowit Bahagian Sibu Sarawak.

SURAT SETUJU TERIMA (SST) MENANDAKAN PROJEK PEMBINAAN KAMPUS BAHARU KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) KAPIT, SARAWAK BERMULA

KAPIT – Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, yang juga Ahli Parlimen Kapit P.215 menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pembinaan Kampus Baharu Kolej Profesional MARA (KPM) Kapit, bertempat di Dewan Suarah Kapit.

Turut hadir Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Wira Ir Roslan Ismail, serta pegawai-pegawai kanan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan JKR Malaysia.

PROGRAM MADANI RAKYAT NEGERI PERAK

LUMUT - Program Madani Rakyat Perak adalah siri jelajah Program MADANI Rakyat 2025 (PMR 2025) — sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan mendekatkan perkhidmatan dan dasar kerajaan kepada rakyat melalui pendekatan “turun padang”. Di Perak, program ini telah diadakan pada 13–15 Jun 2025 di Lumut Waterfront, dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri (Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi, PACU), bersama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kerajaan Negeri Perak 

Subscribe to