LAWATAN SAMBIL BELAJAR DELEGASI MINISTRY OF ROADS AND TRANSPORTS BANGLADESH KE KEMENTERIAN KERJA RAYA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DELEGASI MINISTRY OF ROADS AND TRANSPORTS BANGLADESH KE KEMENTERIAN KERJA RAYA

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) pada hari ini telah menerima delegasi daripada Ministry of Roads and Transport Bangladesh  seramai lima orang bagi lawatan sambil belajar. Kehadiran delegasi tersebut ke KKR adalah sebagai salah satu program dalam rangka lawatan sambil belajar mereka ke Malaysia bertujuan untuk mendapat pendedahan berkenaan kepakaran KKR dan agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai peneraju pembangunan infrastuktur negara. 

Satu sesi taklimat telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Akmal bin Che Mustafa, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Antarabangsa. Semasa sesi ini, para delegasi telah mendengar taklimat daripada YBrs. Cik Helena Remeo, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Fasiliti KKR, YBrs. Ir. Mohd Harizam bin Ibau Nui, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Jalan KKR dan YBrs Ir. Dr. Fairul Zahri bin Mohamad Abas, Jurutera Penguasa Kanan, Cawangan Jalan, JKR. 

KKR berharap semoga kerjasama dua hala seumpama ini akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0