YBTM JAWAB PERTANYAAN LISAN DI DEWAN RAKYAT | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

YBTM JAWAB PERTANYAAN LISAN DI DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR  – Pagi tadi, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Dr. Haji Ahmad Haji Maslan, telah menjawab Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat bagi Soalan Nombor 2 daripada Tuan Mohd Nazri Abu Hassan (MERBOK) berkenaan tahap kajian keberhasilan penggunaan teknologi baharu turapan Cup Lump Modified Asphalt (CMA) atau turapan asfalt terubah suai getah bekuan, sebagai alternatif kepada teknologi sedia ada.

Dalam jawapan beliau, Kementerian menjelaskan bahawa JKR melalui CREaTE telah menjalankan kajian CMA sejak 2015 melalui ujian makmal dan pemantauan tapak di empat lokasi berbeza sepanjang 2,000 meter. 

Kajian selama 38 bulan menunjukkan prestasi turapan berada pada tahap memuaskan, khususnya dari segi alur dan keretakan, sekali gus membuktikan potensinya sebagai bahan turapan yang lebih mampan.

Setakat ini, pelaksanaan turapan CMA telah melibatkan 216.8 km jalan Persekutuan, dengan peruntukan berjumlah RM140.9 juta bagi 142 Arahan Kerja antara 2018 hingga 2025. 

Hasil kajian lanjut sedang dijalankan oleh CREaTE untuk penambahbaikan teknologi turapan negara.

Tarikh Dan Waktu Acara