MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN DAN PLUS BERHAD BAGI 24 TAPAK KOMERSIAL
KUALA LUMPUR – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan di antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi pengurusan 24 tapak komersial yang terletak di beberapa lokasi strategik di sepanjang rangkaian lebuh raya kendalian PLUS.
Majlis menandatangani perjanjian ini turut disaksikan oleh, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) yang mewakili pihak Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam usaha memperkukuh pengurusan aset tanah Persekutuan secara lebih mampan dan berstruktur. Perjanjian pajakan tersebut bertujuan meningkatkan nilai tambah ekonomi melalui pembangunan tapak komersial sedia ada, sekali gus memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya dari segi kemudahan dan perkhidmatan.
Majlis turut menyaksikan ucapan oleh Datuk Nik Airina Binti Nik Jaffar, Pengarah Urusan PLUS Berhad, yang menegaskan komitmen PLUS dalam memperkasa sektor komersial di kawasan hentian lebuh raya, termasuk fasiliti yang lebih kondusif dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan pengguna.
Kerjasama strategik ini sekali lagi membuktikan peranan kerajaan dalam memastikan aset tanah Persekutuan diurus dengan baik bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, selain memberi impak positif kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan rakyat.
- Log in to post comments