MINI KARNIVAL KKR KUBANG SEMANG PERKUKUH PERANAN KEMENTERIAN KERJA RAYA DALAM MENYANTUNI RAKYAT
KUBANG SEMANG, PULAU PINANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah berjaya melaksanakan penganjuran Mini Karnival KKR Kubang Semang sebagai sebahagian daripada agenda keterlibatan masyarakat dan tanggungjawab sosial kementerian dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, yang turut menyampaikan beberapa bentuk sumbangan kepada penduduk setempat, merangkumi:
• Bakul Rahmah
• Kerusi Roda
• Khemah untuk kegunaan penjaja kecil
• Sumbangan untuk program Tabung Darah
• Hadiah kepada pemenang pertandingan Bola Speak
Program ini juga memberi ruang interaksi secara langsung antara kementerian dan masyarakat melalui Jamuan Kenduri Rakyat, diikuti Kuliah Maghrib bertajuk “Kerja Sebagai Ibadah” bertempat di Masjid Jamek Kubang Semang. Pengisian ini bertujuan menanam kefahaman mengenai nilai integriti, amanah serta etika kerja dalam perkhidmatan kepada rakyat.
Penganjuran Mini Karnival ini mencerminkan komitmen berterusan KKR dalam menyantuni rakyat melalui pendekatan inklusif dan berfokus kepada kesejahteraan komuniti, selaras dengan aspirasi pembangunan negara.
- Log in to post comments