MAJLIS PENYERAHAN 6 INISIATIF PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI 2025 KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR)
PULAU PINANG — Kementerian Kerja Raya (KKR) terus menunjukkan komitmen terhadap pembangunan pendidikan negara melalui pelaksanaan 6 Inisiatif Program Sekolah Angkat MADANI 2025 di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Pulau Pinang. Program ini merupakan usaha kolaboratif antara KKR bersama rakan strategik kerajaan dan swasta bagi memperkasa kemudahan pendidikan sekolah luar bandar selaras dengan agenda Malaysia MADANI.
Majlis perasmian dan penyerahan inisiatif tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR. Turut hadir menyaksikan sesi penyerahan ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) KKR; YBhg. Dato’ Haji Zairi Bin Haji Mat Ali, Pengarah Unit Pengurusan Pelaksanaan (ICU JPM) Pulau Pinang; serta wakil pengurusan sekolah, YBrs. Puan Hasni Binti Saman, Guru Besar SK Seri Penanti dan En. Juraimi Bin Zakaria, Yang Dipertua PIBG.
Pelaksanaan inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana digital dan fizikal sekolah melalui kerjasama pelbagai pihak:
A. Peningkatan Digital
• Pembelian 10 unit smartboard (peruntukan Kementerian Kewangan).
• 22 unit komputer iMac disumbangkan oleh rakan strategik swasta.
• Penubuhan Apple Smart Classroom pertama di Pulau Pinang melalui kerjasama Switch Malaysia.
B. Peningkatan Infrastruktur & Bantuan Pelajar
• Sumbangan pembinaan Laluan Susur Gajah dan sokongan penyediaan kertas A4 oleh THB Maintenance Sdn. Bhd.
• Sumbangan meja komputer oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
• Pemberian beg sekolah kepada pelajar miskin melalui YADIM.
KKR melalui Bahagian Pengurusan Korporat (BPK) selaku urusetia induk program optimis bahawa usaha ini akan memperkukuh ekosistem pembelajaran yang kondusif dan moden serta memperluas akses pendidikan berkualiti khususnya dalam pembelajaran digital. Program ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI: Ihsan, Kesejahteraan dan Kelestarian untuk generasi masa depan.
- Log in to post comments