Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA HADIR MESYUARAT KHAS PEMBANGUNAN NEGERI PERLIS 2025

PERLIS, 27 APRIL 2025 - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman Ibrahim telah menghadiri Mesyuarat Khas bagi membincangkan pelaksanaan projek-projek di Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Anwar Bin Ibrahim di Pejabat Pembangunan Negeri Perlis, Kangar, Perlis.

KKR selaku peneraju agensi teknikal negara terus komited dalam menyokong agenda pembangunan Negeri Perlis. Bersama YAB Perdana Menteri, kita melakar halatuju baharu demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Perlis.

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA DI UTARA

26 APRIL 2025, PULAU PINANG - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah turun padang meninjau kerja penyenggaraan pavemen dan bukan pavemen di Jalan Persekutuan FT01 Butterworth - Sungai Petani.

Seusai di FT01 Jalan Persekutuan Butterworth-Sungai Petani, Dato' KSU ke FT01 Jalan Persekutuan Butterwoth - Alor Star meninjau sendiri kerja-kerja penyelenggaraan jalan pavemen dan bukan pavemen oleh Syarikat Konsesi Penyelenggaran yang dilantik serta pemantauan yang dibuat oleh JKR Negeri dan Daerah berkenaan.

PENYERAHAN 17 UNIT RUMAH GURU BAHARU YANG SIAP LEBIH AWAL BAGI MENINGKATKAN LAGI EKOSISTEM PENDIDIKAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA IGAN, SARAWAK

IGAN, SARAWAK, 25 APRIL 2025 – Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) menyerahkan satu lagi projek milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berjaya disiapkan 365 hari lebih awal daripada tarikh siap asal. Projek ini diuruskan oleh Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia selaku agensi pelaksana.  

YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA TURUN PADANG KE JAMBATAN RUNTUH

BATANG PADANG, 22 APRIL 2025 - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan turun padang meninjau situasi semasa lokasi kejadian jambatan runtuh di Sungai Liat iaitu laluan yang menghubungkan Felda Sungai Klah ke Felda Hotsprings Sungai Klah.

Hadir sama ialah YB. Puan Salina Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang dan mengiringi timbalan menteri ke lokasi ialah Tuan. Ir. Ilanchelvan a/l Polanippan, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Batang Padang.

MESYUARAT JAWATAKUASA PEMANDU PELAKSANAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH

KOTA KINABALU, SABAH - YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah mempengerusikan Mesyuarat JK Pemandu Pelaksanaan LPB Sabah dengan semua Pemegang Taruh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kementerian Kerja Raya Sabah dan Jabatan Kerja Raya.

KUNJUNGAN HORMAT MENTERI KERJA RAYA KE PEJABAT KETUA MENTERI SABAH

KOTA KINABALU, SABAH - YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya mengadakan kunjung hormat kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah.

Turut serta dalam perjumpaan ini ialah delegasi pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Dasar Dan Pembangunan, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan dan agensi termasuk Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya.

MENTERI KERJA RAYA MENERIMA ANUGERAH FELO KEHORMAT IEM 2025

PETALING JAYA -  Menteri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi hadir selaku tetamu kehormat ke Majlis Makan Malam Dan Anugerah Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Ke-66 di Sunway Resort Hotel.

Dalam majlis ini, Dato Sri Alexander turut menerima Anugerah Felo Kehormat IEM 2025 yang disampaikan oleh Presiden IEM, YBhg. Ir. Prof. Dr. Jeffrey Chiang Choong Luin.

PROJEK NAIK TARAF JALAN DONGGONGON - TAMBUNAN SABAH BAKAL MENJIMATKAN MASA PERJALANANAN DAN SOLUSI PENYURAIAN TRAFIK

PENAMPANG, SABAH - YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya meluangkan masa untuk membuat lawatan kerja ke Projek Naik Tarak Jalan Donggongon - Tambunan dari Persimpangan ITCC ke Persimpangan Jalan Datuk Panglima Banting, Penampang, Sabah. 

Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk meningkatkan kualiti jalan raya persekutuan melalui projek menaik taraf Jalan Donggongon - Tambunan dari Persimpangan ITCC ke Persimpangan Jalan Datuk Panglima Banting, Penampang, Sabah demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat Sabah.

Subscribe to