LATIHAN KEBAKARAN DI KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) TINGKATKAN KESEDIAAN KESELAMATAN WARGA KERJA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LATIHAN KEBAKARAN DI KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) TINGKATKAN KESEDIAAN KESELAMATAN WARGA KERJA

KUALA LUMPUR  – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah melaksanakan latihan kebakaran sebagai langkah meningkatkan tahap kesiapsiagaan keselamatan dan kesedaran awam terhadap prosedur kecemasan dalam kalangan warga kementerian.

Latihan ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan melibatkan seluruh kakitangan KKR serta penghuni bangunan di Kompleks Kerja Raya. Program ini merangkumi demonstrasi penggunaan alat pemadam api, sesi latihan pemindahan bangunan (evakuasi), serta taklimat keselamatan kebakaran.

Pelaksanaan latihan ini bukan sahaja memenuhi keperluan keselamatan bangunan kerajaan, tetapi juga memastikan semua warga kerja bersedia dan tahu bertindak dengan pantas dan teratur sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan sebenar.

KKR komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga kementerian melalui penganjuran program latihan keselamatan secara berkala, seiring dengan usaha memperkukuhkan budaya kerja yang profesional, bertanggungjawab dan berfokus kepada kesejahteraan awam.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0