TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA GULUNG PERBAHASAN DASAR BELANJAWAN 2026 KKR DI DEWAN RAKYAT | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA GULUNG PERBAHASAN DASAR BELANJAWAN 2026 KKR DI DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR  – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Ahmad Maslan  hadir ke Dewan Rakyat bagi menggulung perbahasan Dasar Belanjawan 2026 bagi Kementerian Kerja Raya (KKR). Sesi penggulungan tersebut melibatkan penyertaan sebanyak 70 orang Ahli Parlimen yang membangkitkan pelbagai isu berkaitan projek infrastruktur, penyelenggaraan jalan raya serta kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

Terdahulu, beliau turut menjawab soalan lisan daripada Ahli Parlimen Jeli serta beberapa soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan di sesi yang sama, berkaitan pelaksanaan projek pembangunan di bawah KKR dan langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan kementerian.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0