TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MERASMIKAN CIDB QUEST AWARD 2025 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA MERASMIKAN CIDB QUEST AWARD 2025

KUALA LUMPUR - Satu Majlis penganugerahan anjuran CIDB Malaysia berlangsung di MITEC sempena International Construction Week (ICW) dan BuildXpo 2025, disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan. Beliau memuji konsistensi Sime Darby Property yang menjadi penanda aras industri.

CIDB turut mengiktiraf 262 pemenang daripada 132 projek melalui rangka kerja penilaian berikut:

 • QLASSIC: 142 pemenang

 • SHASSIC: 78 pemenang

 • MYCREST: 30 pemenang

 • Sustainable INFRASTAR: 10 pemenang

 • Anugerah Pengiktirafan Khas: Sime Darby Property, KKM, PR1MA

KKM turut diberi penghargaan atas kepimpinan dalam kelestarian infrastruktur melalui 14 hospital/fasiliti kesihatan yang menerima Anugerah MYCREST. PR1MA juga diiktiraf atas komitmen kualiti di 53 projek perumahan mampu milik.

Quest Awards terus menjadi platform memacu transformasi industri seiring agenda Construction 4.0 dan pembangunan negara, melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan, pemaju, kontraktor dan perunding.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0