Program Penilaian Bakat (Talent Assessment Program, TAP)
KLANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menganjurkan Program Penilaian Bakat (Talent Assessment Program, TAP) bagi pegawai kanan Gred J14 dan ke atas melibatkan tiga agensi di bawah KKR, iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Program selama dua hari ini dimulakan dengan Sesi Bicara Eksekutif oleh YM Dato’ Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud, Ketua Pengarah Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad, bertajuk “A Landmark Development of Merdeka 118”. Sesi penuh inspirasi ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), bersama wakil-wakil agensi di bawah KKR.
Program diteruskan dengan Sesi Interaksi melibatkan 76 orang calon pegawai kanan dari ketiga-tiga agensi, bagi mengenal pasti pegawai berpotensi tinggi yang bersedia menggalas peranan kepimpinan strategik pada masa hadapan.
Majlis Penutup Talent Assessment Program (TAP) KKR 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, dengan kehadiran YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR; YBhg. Dato' Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), JKR; YBhg. Dato’ Sazali bin Harun, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); serta wakil daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama menjayakan program ini ke arah memperkukuh pembangunan bakat kepimpinan di bawah Kementerian Kerja Raya.
- Log in to post comments