KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi pagi ini menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Friends of Ministry (FOM) Kementerian Kerja Raya di Parlimen Malaysia.
FOM, yang diilhamkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC), menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara KKR dan Ahli-ahli Parlimen, demi memastikan dasar dan aspirasi Malaysia MADANI dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar di peringkat akar umbi.