LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA DI JALAN PERSEKUTUAN FT01, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA DI JALAN PERSEKUTUAN FT01, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG

SEBERANG PERAI TENGAH – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Jalan Persekutuan FT01 (Jalan Ipoh – Butterworth) bagi meninjau keadaan semasa jalan serta beberapa lokasi yang menerima aduan berhubung kerosakan daripada Pejabat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai sendiri tahap kemudahan infrastruktur di sepanjang laluan utama tersebut serta memastikan tindakan pembaikan dapat dilaksanakan dengan segera bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Turut hadir ialah YB Dato’ Seri S. Sundarajoo Somu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, bersama wakil-wakil daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Seberang Prai Tengah (JKR) Pulau Pinang serta pihak berkuasa tempatan yang terlibat.

Dalam lawatan tersebut, Ketua Setiausaha turut menekankan keperluan agar kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan secara berterusan dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Kementerian untuk memastikan jaringan jalan persekutuan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Kementerian Kerja Raya akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan setiap isu berkaitan infrastruktur dapat ditangani dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3