KUALA LUMPUR - YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari hadir di Dewan Rakyat, Parlimen untuk sesi penggulungan Perbahasan LKAN 2/25, Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen ke-15 untuk tahun 2025.
YB Dato Seri Alexander Nanta Linggi juga mengucapkan terima kasih atas segala teguran dan saranan audit yang telah dimuatkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara bil 2/2025. Kementerian Kerja Raya menyambut baik dan akan memperhalusi serta menambahbaik segala isu-isu yang dibangkitkan.