LAWATAN TAPAK PROJEK MEMBINA JALAN LIBARAN BYPASS, SANDAKAN, SABAH | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN TAPAK PROJEK MEMBINA JALAN LIBARAN BYPASS, SANDAKAN, SABAH

SANDAKAN - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, mengadakan lawatan tapak bagi Projek Membina Jalan Libaran ByPass di Sandakan, Sabah.

Lawatan turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, YBrs. Encik Eris bin Jemadi, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Lebuhraya, YBrs. Encik Danny Hassan, Jurutera Bahagian Sandakan, YBrs. Encik Alan Arthur Angian serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian dan Agensi.

Projek ini melambangkan komitmen berterusan Kementerian Kerja Raya dalam memperkukuh jaringan jalan raya di Sabah bagi meningkatkan akses, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI – prasarana teguh, rakyat makmur.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
5