LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA KE TAPAK PROJEK KOMPLEKS PERPADUAN NEGERI PERLIS | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KERJA RAYA KE TAPAK PROJEK KOMPLEKS PERPADUAN NEGERI PERLIS

KANGAR – YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Kompleks Perpaduan Negeri Perlis hari ini.

Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan mengikut jadual, spesifikasi, dan piawaian yang ditetapkan. Projek ini dijangka menjadi pusat tumpuan aktiviti perpaduan dan kemasyarakatan di negeri Perlis apabila siap kelak.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2