SESI TAKLIMAT DAN MENANDATANGANI DEKLARASI DATA ASET JALAN ANTARA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN KERAJAAN NEGERI KEDAH | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SESI TAKLIMAT DAN MENANDATANGANI DEKLARASI DATA ASET JALAN ANTARA KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN KERAJAAN NEGERI KEDAH

ALOR SETAR, KEDAH – Satu sesi menandatangani Deklarasi Data Aset Jalan telah diadakan antara YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) dan YBhg. Dato’ Seri Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Majlis yang berlangsung di Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman dimulakan dengan sesi taklimat daripada Cik Masdara Siregar binti Mohd Samsir, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Dan Antarabangsa

Deklarasi ini melambangkan komitmen bersama antara KKR dan Kerajaan Negeri Kedah dalam memperkukuh pengurusan data aset jalan demi penyelenggaraan infrastruktur yang lebih efisien dan bersepadu. Ia juga sebagai salah satu Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) KKR tahun 2025 yang diseliakan di bawah Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR).

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3