KKR & JKR SENTIASA SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

KKR & JKR SENTIASA SIAP SIAGA MENGHADAPI BENCANA

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memastikan kesiapsiagaan pada tahap tertinggi dalam menghadapi sebarang bencana seperti banjir, tanah runtuh dan jalan terputus.

Malaysia kini masih berada dalam fasa akhir Monsun Barat Daya (MBD), yang dijangka berterusan hingga September 2025 manakala Monsun Timur Laut (MTL) dijangka berlaku pada bulan November sehingga bulan Mac pada setiap tahun.

Pagi tadi Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi memantau persediaan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) JKR, pusat yang berfungsi menyelaras maklumat, tindakan dan keputusan segera agar bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan.

Selaras dengan Arahan NADMA No. 1, JKR dipertanggungjawabkan untuk menyelaras kemudahan logistik, aset dan kepakaran teknikal dalam bidang kejuruteraan. Antara langkah yang telah dilaksanakan termasuk:

Image removed. Menyediakan 2,570 kaki Jambatan Bailey di 7 stor strategik seluruh negara untuk digerakkan segera apabila laluan terputus.

Image removed. Melaksanakan pemantauan berterusan terhadap 1,066 cerun berisiko di Semenanjung Malaysia, 7 di Sabah, 1 di Sarawak dan 13 di Labuan.

Image removed. Mengaktifkan sistem makluman bencana serta rondaan kecemasan bagi memastikan laluan kritikal selamat digunakan.

Image removed. Berkolaborasi rapat dengan NADMA, PDRM, ATM dan pihak berkuasa tempatan dalam tindakan di lapangan.

Dalam masa yang sama, JKR bersama syarikat konsesi turut melaksanakan langkah proaktif bagi mengurangkan risiko bencana:

Image removed. Sebelum bencana – persediaan kelengkapan (papan tanda, barrier, kanvas), stok bahan tampalan jalan, mengenal pasti lokasi berisiko, memasang pancang banjir & membuat pembersihan longkang.

Image removed. Semasa bencana – memasang papan tanda amaran, memantau paras air, membersihkan halangan jalan (pokok tumbang/cerun runtuh), menampal pothole dalam 24 jam & kemaskini maklumat di bencana.jkr.gov.my.

Image removed. Selepas bencana – mengenal pasti kerosakan jalan/struktur untuk pembaikan segera.

Image removed. Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak status laluan sebelum memulakan perjalanan melalui:

Image removed. Portal Bencana JKR: bencana.jkr.gov.my

Image removed. Aplikasi eBencana JKR (AppStore & Google Play)

Image removed. FB BiGBen – Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia

Selain itu, peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan segera dan mendesak sedang diteliti untuk memastikan infrastruktur yang terjejas dapat dipulihkan dengan kadar segera.

Kementerian Kerja Raya komited memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0
0