PROGRAM KKR SPEAKER SERIES BIL. 4/2025: PERJUMPAAN KSU KKR BERSAMA PEGAWAI TEKNIKAL MUDA (J9 – J12)
KUALA LUMPUR - Pagi tadi YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha KKR, berpeluang bertemu dan berinteraksi bersama 100 orang Pegawai Teknikal Muda (Gred J9 – J12) daripada pelbagai disiplin di KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR), termasuk JKR Daerah serta pegawai kader melalui program KKR Speaker Series Bil 4/2025 bertempat di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya. Hadir sama ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).
Program ini merupakan inisiatif susulan saranan Ketua Setiausaha Negara (KSN) agar pengurusan tertinggi mengadakan sesi libat urus bersama pegawai bagi perkongsian maklumat, pandangan serta hala tuju kementerian/jabatan.
Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Seri KSU menekankan kepentingan peranan dan tanggungjawab setiap pegawai, khususnya dalam aspek penyampaian maklumat yang tepat, komunikasi berkesan, pemerkasaan hubungan dengan pihak berkepentingan serta pengurusan diri.
Sesi ini turut disusuli dengan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada para peserta untuk mengemukakan pertanyaan dan berkongsi pandangan secara terbuka bersama pengurusan tertinggi.
- Log in to post comments