TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA SEMPAT LUANGKAN MASA BERSAMA PETUGAS MEDIA
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK – Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Bin Maslan telah meluangkan masa beramah mesra bersama para petugas media semasa lawatan kerja rasmi beliau ke Negeri Sarawak.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media atas kerjasama erat dan peranan penting mereka dalam menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat.
Menurut beliau, media merupakan rakan strategik kementerian dan kerajaan MADANI dalam memastikan orang ramai sentiasa mendapat perkembangan terkini mengenai inisiatif serta projek-projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya demi kesejahteraan rakyat.
Tarikh Dan Waktu Acara
- Log in to post comments