SESI LIBAT URUS PELAKSANAAN SISTEM MLFF BERSAMA KONSESI LEBUHRAYA | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

SESI LIBAT URUS PELAKSANAAN SISTEM MLFF BERSAMA KONSESI LEBUHRAYA

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya hari ini mengadakan sesi libat urus bersama wakil syarikat konsesi lebuh raya bagi memperhalusi pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

Sesi tersebut dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), YBhg. Dato' Mohd Sakeri Abd Kadir, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, YBhg. Dato'  Ir. Haji Sazali bin Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes), YBrs. Ir. Mohd. Hadzmir Yusoff, serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Penswastaan Kementerian Kerja Raya, YBrs. Encik Eris Jemadi Tajudin.

Perbincangan menekankan hasrat kerajaan agar transformasi ini dilaksanakan dengan teliti, adil, serta tidak membebankan rakyat.

Pelbagai pandangan dan cadangan dikongsi, merangkumi aspek teknikal, operasi, perundangan, penguatkuasaan dan komunikasi pengguna.

Seperti yang diputuskan Jemaah Menteri pada 25 Julai 2025, pelaksanaan MLFF akan dibuat secara Business to Business (B2B) oleh syarikat konsesi, dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai badan kawal selia utama. 

Tempoh 2025–2027 akan digunakan untuk memastikan semua persediaan lengkap sebelum dibawa kepada Kerajaan bagi kelulusan muktamad.

MLFF merupakan anjakan paradigma yang bakal:

  • Mengurangkan kesesakan di plaza tol
  • Menjimatkan masa dan kos pengguna
  • Lebih praktikal berbanding penambahan lorong tol
  • Diintegrasikan dengan sistem pembayaran terbuka & tertutup sedia ada

Seperti ditegaskan YAB Perdana Menteri, MLFF bukan sekadar sistem baharu, tetapi satu langkah ke arah memperkukuh pengalaman pengguna lebuh raya di Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4