TEMUBUAL PROGRAM RUANG BICARA BERNAMA TV
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan hadir menjadi tetamu Program Ruang Bicara, dihoskan oleh Saudari Wan Shahrina bersiaran di Bernama TV berkongsi mengenai kemenangan Malaysia menjadi Juara WorldSkills ASEAN Manila yang telah berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos yang lepas.
Kejuaraan di Manila merupakan pencapaian terbesar negara sejak menyertai pertandingan tersebut di peringkat antarabangsa, hasil kerjasama erat antara Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia.
YB Timbalan Menteri turut menyatakan pencapaian cemerlang kontinjen Malaysia kali ini membuktikan TVET bukan lagi dianggap sebagai pilihan kedua sebaliknya menjadi kerjaya utama yang diiktiraf dan diberi tumpuan oleh kerajaan melalui Majlis TVET Negara (MTVET).
- Log in to post comments