Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Jalan Bandar Mahkota Cheras dibuka

BANDAR MAHKOTA CHERAS - Kontrovesi temok penghadang yang dibina oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) di Jalan Bandar Mahkota Cheras selesai apabila kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membuka semula laluan berkenaan kepada orang ramai mulai jam 3.30 petang semalam.

Menteri Kerja raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed pada sidang media semalam berkata laluan itu akan terus dibuka sehingga mahkamah membuat keputusan mengenai kontrovesi itu kelak.

Isu Grand Saga: Bukan tunduk kepada desakan

SUBANG 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Kabinet mengarahkan laluan Bandar Mahkota Cheras ke persimpangan Bandar Tun Hussein Onn di Lebuh Raya Cheras-Kajang dibuka semula, tidak boleh dilihat sebagai kerajaan mengalah atau tunduk pada tekanan.Sebaliknya, tegas Timbalan Perdana Menteri, langkah itu yang diputuskan Kabinet semalam ekoran penutupannya yang mencetuskan kontroversi sejak dua tahun lalu membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kehendak rakyat.Beliau bagaimanapun mengingatkan pihak yang terlibat agar tidak menjadikan keputusan kerajaan itu sebagai peluang un

Buka laluan serta-merta

KAJANG: "Terima kasih Datuk...terima kasih Datuk' laungan itu bergema di persimpangan Bandar Mahkota Cheras di sini, semalam selepas Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed mengumumkan laluan kontroversi terbabit dibuka berkuat kuasa serta-merta.Pengumuman itu yang dibuat kira-kira jam 3.30 petang, sekali gus membangkitkan kegirangan lebih 100 penduduk setempat yang mula berkumpul di persimpangan jalan berkenaan selepas solat Jumaat.Meskipun ketika itu keadaan cuaca tidak begitu baik berikutan hujan renyai, penduduk nampaknya setia menunggu dan tidak berganjak sehingga menteri selesai me

Kabinet arah buka laluan

CHERAS: Kabinet semalam mengarahkan Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga), syarikat konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, membuka laluan menghubungkan lebuh raya itu ke Bandar Mahkota Cheras, di sini, berkuat kuasa serta-merta.Keputusan itu diumumkan Menteri Kerjaraya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, ketika melawat lokasi terbabit pada kira-kira jam 3.30 petang dan disambut sorakan gembira beratus-ratus penduduk yang menanti berita gembira berkenaan.

Terima kasih kerajaan Pusat

SHAH ALAM 30 Mei - Kerajaan Selangor mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pusat yang membenarkan penduduk di kawasan Bandar Mahkota Cheras dan sekitarnya menggunakan jalan pintas ke Lebuh Raya Cheras-Kajang.

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, kerajaan Pusat dan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohamad Zin Mohamed telah membuat keputusan yang betul dalam menangani isu tersebut.

Kerajaan negeri rujuk LLM berhubung isu Jalan Mahkota Cheras

SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembukaan jalan masuk ke kawasan perumahan Bandar Mahkota Cheras perlu mengikut beberapa prosedur termasuk mendapatkan keizinan daripada Kementerian Kerja Raya.Beliau berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan kebenaran kementerian berkenaan kerana kuasa kerajaan negeri terbatas disebabkan persempadanan lebuh raya itu turut membabitkan sebahagian jalan masuk yang terletak di bawah kuasa Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM)."Kerajaan negeri akan merujuk kepada LLM bagi mendapatkan kepastian sama ada penghadang jalan yang dibina di la

Syarikat konsesi, pemaju perlu bincang

KUALA LUMPUR: Syarikat pemegang konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd dan pemaju perumahan Bandar Mahkota Cheras, Narajaya Sdn Bhd perlu berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik mengatasi masalah dihadapi lebih 20,000 penduduk di kawasan itu. 

Saranan itu dibuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas melawat hadangan dibuat Grand Saga di kawasan berkenaan, menghalang laluan pintas yang digunakan penduduk untuk mengelak membayar tol. 

Berbincang selesaikan konflik penghadang

KAJANG - Kerajaan negeri berusaha menyelesaikan isu Jalan Bandar Mahkota-Cheras tetapi mahu Menteri Kerja Raya campur tangan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Beliau berkata sepucuk surat sudah dihantar kepada Menterinya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed agar laluan yang menjadi pertikaian sejak 2006 itu dapat dibuka secepat mungkin kerana melibatkan kepentingan orang ramai. 

Subscribe to