Setahun tol percuma kepada pengguna bertuah
KUALA LUMPUR 25 SEPT. - Seramai 10 pengguna kad Touch n Go lebuh raya PLUS yang menambah nilai minimum RM50 pada kad Touch n Go mereka hari ini sehingga 15 Oktober, Berpeluang memenangi tol percuma selama setahun bernilai RM2,000 setiap seorang.
Ketua Pegawai Operasi Plus Expressways Bhd, Nik Airina Nik Jaffar berkata, seramai 150 pemenang sagu hati pula akan menerima kad Touch n Go bernilai RM100 setiap seorang.
"Nama pemenang peraduan akan diumumkan dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan," katanya di Majlis Pelancaran Peraduan 'Jom Balik Kampung' di sini hari ini.