Kutipan tol Lekas mulai 5 Oktober | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) yang dibuka secara rasminya pada 22 ogas lalu akan memulakan kutipan tol pada 5 Oktober ini pada kadar 40 sen sehingga RM5.60 mengikut kelas masing-masing.

Kadar bayaran tol itu bermula dari persimpangan bertingkat Kajang Selatan dan berakhir di Persimpangan bertingkat Pajam.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Mohamad Razali Othman, kutipan tol tersebut dikenakan bagi laluan lebuh raya sepanjang 18.2 kilometer untuk pekej satu.

"Bayaran tol bagi plaza-plaza untuk pakej satu adalah bagi tol keluar Kajang Selatan, Semenyih dan Pajam.

"Bagi bayarannya pula ia mengikut kelas kenderaan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Sementara itu, pakej kedua membabitkan laluan dari Pajam ke Setul sepanjang 14.5km dengan Kerja-kerja pembinaan pakej 2A sejak Januari 2007 dan dijangkan siap pada Disember ini, manakala pakej 2B dijangka siap pada awal tahun 2010.

Tarikh
Surat Khabar
Kosmo