Setahun tol percuma kepada pengguna bertuah | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 25 SEPT. - Seramai 10 pengguna kad Touch n Go lebuh raya PLUS yang menambah nilai minimum RM50 pada kad Touch n Go mereka hari ini sehingga 15 Oktober, Berpeluang memenangi tol percuma selama setahun bernilai RM2,000 setiap seorang.

Ketua Pegawai Operasi Plus Expressways Bhd, Nik Airina Nik Jaffar berkata, seramai 150 pemenang sagu hati pula akan menerima kad Touch n Go bernilai RM100 setiap seorang.

"Nama pemenang peraduan akan diumumkan dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan," katanya di Majlis Pelancaran Peraduan 'Jom Balik Kampung' di sini hari ini.

Beliau berkata, 60,000 peserta terawal pula berpelang dan mendapat buku panduan keselamatan dan cakera padat lagu-lagu Hari Raya secara percuma Edisi Khas Plus.

Katanya, Plus Expressway juga akan memanjangkan waktu membuka lorong isi semula sehingga pukul 11 malam semasa tempoh peraduan ini berbanding pada hari biasa yang hanya dibuka sehingga pukul 7 malam.

Ketua Pegawai Touch n Go Sdn. Bhd., Hasni Zarina Mohamed Khan berkata, penguna yang membeli kad Touch n Go Etiqa secara automatik akan menerima perlindungan Kemalangan RM10.000 dan Tuntutan Perubatan Rm2,000.

Katanya, peserta dikehendaki mendaftarkan penyertaan mereka menggunakan khidmat pesan ringkas dan juga mempamerkan pelekat khas yang diberipada kenderaan mereka.

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia