Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

LRT mampu atasi kesesakan di LDP:Zin

KUALA LUMPUR - Pembinaan LaluanTransit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Lebuhraya Damansara ?Puchong (LDP) mampu mengatasi masalah kesesakan di lebuh raya berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed berkata, kementeriannya akan mengkaji cadangan itu bagi mengatais kesesakan lalu lintas.

"Untukkebaikan rakyat, saya bersetuju dengan cadangan itu dan kita akan bawa perkara ini kepada Unit Perancang Ekonomi dan saya akan maklumkan kepada Kabinet Jumaat ini," katanya selepas merasmikan Galeri Sistem Binaan Berindustri (IBS) di sini, semalam.

Pengendali LDP wajar kurangkan kadar tol

KUALA LUMPUR: Syarikat konsesi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) disyor memenuhi tanggungjawab sosial korporat dengan menawarkan potongan kadar tol memandangkan keadaan kewangannya menguntungkan walaupun laluan terbabit kini dirundung masalah kesesakan dan kemalangan. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata kerajaan membayar pampasan tunai RM630.5 juta kepada LDP bagi pengurangan dan penyusunan semula kadar tol antara 1999 hingga 2007 manakala kutipan tol sejak tempoh konsesi bermula pada 31 Disember 1996 pula mencecah RM1.28 bilion. 

Roadmap IBS atasi pergantungan pekerja asing

MASALAH lambakan pekerja asing dalam sektor pembinaan bukanlah suatu isu baru di negara ini.  Lebih merugikan, pergantungan kepada tenaga kerja asing menyebabkan berbillion ringgit di bawa ke luar.

Bagi mengelakkan masalah ini berterusan, CIDB mengambil inisiatif mengusahakan penyediaan Roadmap IBS (2003-2010) yang memberi fokus ke arah pengurangan penggunaan tenaga kerja asing dalam meningkatkan produktiviti, kualiti, keselamatan dan daya saing dalam industri pembinaan di Malaysia.

Malaysia tuan rumah Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-7

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Malaysia akan menjadi tuan rumah Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-7 yang buat pertama kalinya akan diadakan di Akademi Binaan Malaysia, Jalan Chan Sow Lin di sini bermula 14 hingga 16 November depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, pertandingan julung kali itu mengumpulkan 10 negara ASEAN membabitkan 386 peserta untuk menyertai 19 bidang kemahiran berasaskan industri pembinaan.

LRT atasi kesesakan LDP

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kerajaan akan membina stesen transit aliran ringan (LRT) di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sebagai cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin teruk terutama di plaza tol Sunway dan Sungai Penchala.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ia juga bagi menggantikan cadangan pembinaan satu laluan alternatif baru yang dikemukakan PLUS Expressways Berhad (PLUS) baru-baru ini bagi mengurangkan kesesakan yang dikategorikan 'paling teruk' di situ.

Kelebihan IBS dalam industri pembinaan

INDUSTRI pembinaan negara telah mengalami perubahan berikutan penggunaan teknologi masa kini yang secara tidak langsung meningkatkan tahap kualiti dan keselamatan sesebuah bangunan tersebut.

Kini, teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) adalah jawapan bagi menyelesaikan masalah yang sering berlaku di tapak pembinaan di negara ini. Ia adalah merupakan proses pembinaan yang menggunakan teknik, produk, komponen atau sistem pembinaan melibatkan pemasangan komponen binaan di tapak pembinaan.

Pusat IBS CIDB

Rujukan industri pembiaan Negara

BAGI merialisasikan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan buruh asing di tapak bina dan mengalakan penggunaan IBS secara meluas, Pusat IBS telah ditubuhkan oleh Lembaga Pembangunan Industeri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyelaraskan industri pembinaan kearah perindustrian dengan memberi tumpuan kepada penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

SMART menang anugerah

KUALA LUMPUR, 13 Okt. - Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) memenangi kategori anugerah antarabangsa bagi Anugerah Industri Pembinaan British (BCIA) 2008 di atas kecemerlangan dalam inovasi dan kejuruteraan.

BCIA merupakan anugerah berprestij British yang memberi pengiktirafan dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Gamuda Bhd., NCIA merupakan anugerah paling berpengaruh dalam industri berkenaan dan sering dianggap sebagai anugerah 'Oscar' dalam bidang pembinaan.

Kutipan tol Lekas sudah bermula

KUALA LUMPUR Kutipan tol di Pakej 1 Lebuh raya Kajang-Seremban (Lekas) yang di buka dengan rasminya pada 22 Ogas lalu sudah bermula sejak 5 Oktober lalu.

Ketua pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Mohamad Razali Othman berkata, terdapat tiga plaza tol di lebuh raya sepanjang 18.2 kilometer itu iaitu Kajang Selatan, Semenyih dan Pajam.

Katanya, kadar tol yang dikenakan ialah dari 40 sen hingga RM5.60 bergantung kepada jenis kenderaan yang dibahagikan kepada lima kelas dan jarak yang dilalui.

 

Subscribe to